Thursday, July 3, 2008

Selamat Datang ke Blog OMaC!


Salam...

OMaC atau Office Management Club telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Melaka.

Kelab yang terdiri daripada para pelajar OM114 ini telah menjalankan pelbagai aktiviti yang berteraskan akademik, sukan, kerohanian dan sosial. Kewujudan kelab ini juga memberi satu ruang kepada para pelajar membentuk kepimpinan dan berdaya saing.

Sejajar dengan dunia IT yang serba moden ini, wujudnya blog ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mewartakan berita, cerita, pengumuman dan gambar-gambar yang bersesuaian dengan aktiviti kelab ini.

Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk menulis secara kreatif dan menggunakan ruang ini dengan sebaik mungkin...

Nukilan...
Ms. Mil
Penasihat OMaC '07-'08

1 comment:

debet said...

miss mil, byk lg actvt yang kite dah buat kan... ape kate msukkan jer gambar2 tu... bagi lg best blog ni...